16 Tempat Percutian Menarik di Malaysia
1. THE SHOREA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Salah
satu tempat percutian yang menarik di Malaysia dalam senarai kami
adalah The Shores. Apabila disebut sahaja nama Negeri Sembilan, perkara
pertama yang muncul di kepala adalah Pantai Port Dickson. Tidak
dinafikan kerana Port Dickson merupakan pantai peranginan yang paling
dekat dengan Kuala Lumpur. The Shorea Negeri Sembilan telah dibina oleh
sebuah artkitek yang menghargai ketenangan alam semulajadi sebagai
tempat percutian peribadi untuk keluarganya. Terletak di Jelebu, Shorea
menawarkan dua jenis pilihan samada Shorea Resort atau Shorea Estate.
Seiring dengan tema pemeliharaan alam, kayu yang dipakai untuk membina
resort ini adalah kayu yang telah dikitar semula agar tidak merosakkan
flora dan fauna.


2. BUKIT TINGGI, PAHANG
Bukit
tinggi Pahang terletak di Bentong Pahang, ala kalau orang pantai timur
memang akan tahu pasal Bukit Tinggi ni kerana kalau melalui lebuhraya
Karak korang akan nampak papan iklan yang menunjukkan arah ke Bukit
Tinggi, Pahang. Ia merupakan lokasi yang unik dan menarik kerana kat
Bukit Tinggi terdapat bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti
bangunan di negara beriklim sejuk di Eropah.

Terletak
di tengah-tengah hutan tropika yang rimbun di 2,500 kaki di atas paras
laut di Pahang, Bukit Tinggi memberikan rehat yang menyenangkan dan
menyegarkan, terutamanya dari iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
Meremajakan
dengan penginapan yang tenang di pusat peranginan bukit yang indah dan
klasik dan menjelajahi kawasan bertema di seluruh dunia untuk percutian
unik dan inspirasi. Disini terdapat bangunan ala-ala eropah seperti Colmar Tropicale dan The Chateu Spa and Organic Wellness.
Selain itu terdapat juga Japannese Village dan Botanical Garden dekat
sini. Kalau korang tak pernah sampai, boleh cuba jalan-jalan dekat sini.
Wajib cuba!



3. TANAH TINGGI KUNDASANG, SABAH
Tahukah
korang, di Malaysia ada satu tempat di Sabah yang sama seperti New
Zealand. Dengan iklim suhu tanah tinggi yang sejuk, Tanah Tinggi
Kundasang terletak di kaki Gunung Kinabalu yang menawarkan pemandangan
yang menakjubkan dan menyegarkan. Cuaca kat sini pon agak sejuk dan
berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini
macam senibina ladang ternakan di negara Eropah dan berlatar belakangkan
pemandangan Gunung Kinabalu.

Kalau
dah sampai Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke
Desa Cattle Dairy Farm. Desa Cattle ni adalah sebuah ladang
perternakan lembu dan kambing, tapi lembu yang diternak ni bukan jenis
lembu biasa. Ia daripada baka luar negara, yang selalu korang tengok kat
tv tu macam kat New Zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan
saiznya agak besar jugak lah daripada lembu biasa tu. Paling penting,
bila korang dah sampai kat sini, jangan lupa makan makanan berasaskan
susu lembu yang ada kat sini (waffle, aiskrim,yogurt) dan susu segar.

Tempat
ni dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang dan
korang boleh masuk ambil gambar pemandangan sepuas-puasnya di New
Zealand Sabah ni!
4. THE CARPEDIA, PAYA RUMPUT, MELAKA
Jika
anda sudah biasa dengan hotel berwarna-warni di Brighton Beach di
Melbourne, anda perlu mencuba hotel ini di Melaka. Terletak di Paya
Rumput, Melaka hotel butik ini di Masbro Village
menggunakan hiasan luaran yang berwarna-warni. Sekali imbas sahaja dah
nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini
yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne.

Walaupun
binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6
orang! Kalau korang jenis yang suka bergambar, tempat ini adalah pilihan
paling sesuai untuk abadikan dalam Facebook atau instagram. Ada juga
pasangan yang memilih lokasi Masbro Village di Paya Rumput untuk
photoshoot wedding.

Lokasinya
dekat cuma 5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng Stadium Hang Jebat dan
jarak 7km ke bandar Melaka. Jika menaiki lebuhraya PLUS, hanya 6km dari
Ayer Keroh dan sekadar 12km ke Tg Bidara.
5. TADOM HILL RESORT, BANTING,SELANGOR
Tadom
Hill Menawarkan banyak ciri dan aktiviti menarik, tempat ini sesuai
untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar
dan berehat. Keluasannya 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok
dan terletak 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,
dan 45 minit dari Kuala Lumpur, menjadikan Tadom Hill sebagai salah satu destinasi percutian terbaik.
Uniknya, pengunjung ke resort ini bukan saja dapat memilih untuk bermalam didalam chalet terbuka atau kemah, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh dijumpai di sana. Kalau rasa panas dengan matahari tengah hari, terjun saja dalam tasik yang ada disitu.
Jom Tgk Video Official dari Tadom Hills Resort Banting.Uniknya, pengunjung ke resort ini bukan saja dapat memilih untuk bermalam didalam chalet terbuka atau kemah, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh dijumpai di sana. Kalau rasa panas dengan matahari tengah hari, terjun saja dalam tasik yang ada disitu.
6. EAGLE RANCH RESORT, NEGERI SEMBILAN

Saya
telah tinggal di Port Dickson hampir dua tahun dan bagi saya Port
Dickson memang salah satu tempat percutian yang amat menarik di
Malaysia. Tapi, tahukah korang terdapat resort yang bertemakan Cowboy di
Port Dickson ini. Eagle Ranch antara destinasi pelancongan yang
menawarkan penginapan dan aktiviti ala-ala cowboy dan ianya amat sesuai
dengan iklim Malaysia yang panas. Terletak berdekatan dengan Blue Lagoon
Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang, Eagle Ranch
memberikan pengalaman yang berbeza dengan keluasan 32 Hektar di panti
Port Dickson.

Disini tempat penginapan yang disediakan adalah berbentuk Tipi (kemah
kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon
Cowboy. Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat
ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team
building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga. Terdapat banyak
aktiviti menarik yang disediakan disini seperti paintball, flying fox,
rapelling, go kart dan memanah.
7. VILLA DANIALLA, KELANTAN
Negeri
Kelantan yang terkenal dengan keunikan bahasa, makanan yang sedap dan
tempat bebas cukai menjadi tumpuan pelancong untuk melawat kelantan.
Selain daripada itu negeri Kelantan sememangnya sinonim dengan masakan
yang sedap tetapi sedikit manis.

Tak
terkecuali, terdapat juga banyak tempat menarik di Kelantan. Sekiranya
sampai di Kelantan, salah satu tempat yang wajib pergi adalah Villa
Danialla di Bachok. Villa Danila ni sesuai untuk mereka yang mencari
resort yang memberikan ketenangan dan bebas dari kesesakan bandar.
Pantainya yang menarik, dan lokasi resort betul-betul di tepi pantai
menjadikannya sebagai pilihan. Selain itu, anda juga boleh membuat
daytrip ke Pulau Perhentian dari Vila ini.

8. SIPADAN WATER VILLAGE, SABAH
Wah,
Sabah memang sangat cantik dan memang salah satu destinasi pilihan kami
di Malaysia. Sabah memang banyak pulau-pulau yang cantik yang wajib ada
dalam senarai. Sekiranya nak tengok rumah terapung diatas laut, korang
boleh cuba melawat Sipadan Water Village.

Terletak
di Pulau Mabul, kawasan ini menjadi tempat kediaman nelayan Bajau. Satu
ciri unik yang terdapat pada seni bina kaum Bajau ini adalah mereka
akan membina rumah mereka mengunakan bumbung pelepah. Terdapat banyak
aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya adalah “Scuba Diving”
yang bertaraf dunia. Selain di Terengganu,
di Pulau Mabul juga terdapat penyu malahan terdapat juga banyak spesis
ikan yang Eksotik dan batu karang yang cantik dan merupakan tempat
percutian menarik di Malaysia yang amat cantik dan menenangkan.

9. TERRAPURI HERITAGE VILLAGE, TERENGGANU
Terrapuri
(Land Of Palaces) adalah projek pemuliharaan dan pemulihan Terengganu
dengan Ciri-cirinya rumah lama berusia beratus tahun. Susun atur resort
ini diilhamkan oleh Istana Terengganu abad ke-17 dan sekitarnya. Terrapuri terdiri daripada 20 vila yang dipulihkan eksklusif, galeri dan rumah pantai.

Terletak
tengah-tengah diantara Laut China Selatan dan Sungai paya bakau (Setiu
Wetland), Terrapuri menyajikan pemandangan Pulau Perhentian, Lang
Tengah, Pulau Cepu, Pulau Redang dan Bidong yang menakjubkan. Dan
terdapat kunang-kunang pada waktu malam menjadikan Terrapuri sebagai
salah satu destinasi percutian yang agak menarik.

10. BELUM ECO RESORT, PERAK
Belum
Eco Resort adalah salah satu daripada 100 buah pulau yang terletak di
Tasik Belum, Perak – yang terletak berhampiran Taman Negara Royal Belum
yang terkenal di dunia. Belum Eco Resort adalah resort yang dibina di
atas pulau kecil di tengah-tengah Tasik Belum dan disekelilingi hutan
simpan Belum.

Belum Eco Resort
adalah satu-satunya resort hutan hujan di tengah-tengah alam dengan
udara lalu lintas sifar dan pencemaran bunyi. Terletak di Gerik dan
meliputi 15,200 hektar, Belum Lake adalah tasik buatan manusia terbesar
di Perak. Keindahan yang tenang di sekitar tasik ini dilengkapi dengan
kepelbagaian flora dan faunanya.

Jenis
penginapan yang disediakan di sini terbahagi kepada Chalet, Dorm, dan
Boat House. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuk lawatan
ke perkampungan orang asli, melihat bunga Rafflesia di Pulau Besar,
memancing, berkayak, dan melihat burung.

11. CASA TITIK, PAHANG
Bagi
korang yang nak merasai pengalaman berada di Sepanyol boleh datang ke
Casa Titik, Cherating Pahang yang menawarkan resort ala “Spanish Villa”.
Casa Village Terletak terletak di perkampungan Sungai Baging, Mukim
Sungai Karang di sepanjang jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Cherating
Village. Casa Titik memberikan pengalaman percutian yang santai bagi
mereka yang ingin menikmati keselesaan di rumah dalam suasana intim dan
damai di tepi laut.

Sesuai
untuk acara termasuk majlis perkahwinan, pesta, perjumpaan dan retret
korporat, bangunan utama Casa Titik menawarkan sepuluh bilik tidur tamu
dan dewan serbaguna. Terdapat juga aktiviti menunggang kuda, berjalan
santai di pantai atau menjamu selera di gerai makanan berdekatan
menjadikan Casa Titik salah satu tempat percutian menarik di malaysia
yang perlu dilawati.

Kawasan yang luas dengan dua kolam renang dan jakuzi. Mengadap Laut Cina Selatan, Casa Titik
yang terletak bersebelahan pantai berpasir putih yang lembut memberikan
pemandangan yang luas mata memandang. Disyorkan untuk korang yang
mencari tempat percutian menarik di malaysia yang santai dan privacy.
12. CANOPY TRIBES, JOHOR
Bagi
korang yang gemarkan perkemahan mewah alaf baru, Canopy Tribes di Kota
Tinggi Johor ini merupakan pilihan terbaik sebagai salah satu tempat
percutian menarik di Malaysia. Kalau di eropah, aktiviti ini dipanggil Glamping, iaitu tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna tapi dengan cara mewah.

Semua
peralatan dan perkakasan disediakan, tidak perlu lagi membawa sleeping
bag atau peralatan memasak untuk berkhemah. Banyak aktiviti yang anda
boleh dilakukan di sini antaranya adalah mandi air terjun, trekking di
Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV manjadikan Canopy
Tribes salah satu tempat percutian menarik di Malaysia.

13. SEAVENTURES DIVES RESORT, SABAH
Jika
korang sukakan aktiviti “Scuba Diving”, Seaventures Dives Resort Sabah
ini merupakan salah satu destinasi percutian yang patut korang lawati.
Terletak di segi tiga batu karang Sabah berdekatan dengan Sipadan, Sea Venture Dives Resort adalah bekas pelantar minyak yang diubah menjadi sebuah resort “Dive Rig”.

Tujuan utama ia dibina adalah untuk menyediakan penyelam dengan pangkalan untuk salah satu tapak menyelam terbaik di dunia.
Rig tersebut telah berada disitu sejak tahun 1997, di mana struktur dan
tempat perlindungan telah mewujudkan syurga untuk ikan menjadikannya
tempat yang memang cantik dan menarik.
14. VILLA SAMADHI, KUALA LUMPUR
Bagi
yang tak nak bergerak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, jangan risau
kerana terdapat percutian menarik di Malaysia iaitu villa ala-ala bali
di tengah-tengah pusat bandaraya KL. Villa Samadhi yang dibina
berkonsepkan ruang udara terbuka untuk melupakan kesibukan kota.

Terdapat tip dari pengunjung yang mana Villa Samadhi ini
tidak membenarkan membawa anak-nak kecil bagi menjaga privacy
penungjung-pengunjung lain. Villa ini mendapat rating yang agak tinggi
di agoda iaitu 8.7/10 dan pernah memenangi Tripadvisor Traveller’s
Choice Award 2014.
15. THE DUSUN, MANTIN, NEGERI SEMBILAN
Selain
The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga
mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di
Mantin. The Dusun juga dibina
dengan konsep yang sama seperti Villa Samadhi iaitu berkonsepkan
Bali. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan
dusun durian.

Pemiliknya
menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun
ini dengan orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda
boleh mencuba durian yang tumbuh di dusun ini. Rumah Rehat ini diperbuat
daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional. Tetamu dapat
melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh
manusia. Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk
menjaga keindahan alam disini, hanya bilangan tetamu yang terhad
dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa. Boleh masukkan dalam
senarai korang sebagai percutian menarik di Malaysia.

No comments:
Post a Comment