tips penjaggan rambut bagi wanita bertudung

Bagi
wanita bertudung, penjagaan rambut sangat penting dan perlu
dititikberatkan. Hal ini kerana, penjagaan rambut yang tidak betul akan
menyebabkan kulit kepala tidak sihat dan seterusnya akan merosakkan
rambut anda. Penjagaan rambut secara rapi sangat penting bagi memastikan
rambut anda sihat dan cantik walaupun anda bertudung.

Sumber: Muslim Lifestyle
1. Jangan mencuci rambut setiap hari

Cuci rambut 2 hingga 3 hari sekali saja
Rambut
anda tidak boleh dicuci pada setiap hari. Cukup hanya mencuci 2 atau 3
hari sekali. Hal ini kerana syampu yang anda gunakan untuk mencuci
rambut mempunyai bahan kimia. Penggunaan syampu bagus untuk mendapatkan
rambut yang cantik. Tapi, sekiranya anda kerap menggunakannya, boleh
menyebabkan kulit kepala rosak. Jadi, penggunaan syampu perlu
dikurangkan ketika mencuci rambut.
2. Keringkan rambut secara semula jadi

Elakkan daripada menggunakan pengering rambut
Selepas
mandi, jangan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut
anda. Biarkan rambut kering secara semula jadi. Sekiranya anda
menggunakan tuala untuk mengeringkan rambut, jangan menggosok dengan
kasar. Lurutkan tuala pada rambut anda dari atas hingga ke bawah dengan
perlahan-lahan. Ulang sehingga rambut kurang basah dan biarkan rambut
kering.
3. Jangan pakai tudung ketika rambut basah

Pakai tudung ketika rambut basah menyebabkan bau hapak
Cuci
rambut beberapa jam sebelum anda bersedia untuk memakai tudung bagi
memastikan rambut anda kering ketika menggayakan tudung. Jika anda
memakai tudung dalam keadaan rambut yang basah, rambut anda akan berbau
hapak, rambut berbuah, berkelimumur dan rosak kerana kulit kepala yang
lembab terperap dalam tudung.
4. Biarkan rambut bebas

Biarkan rambut bebas
Apabila
anda tidak mengenakan tudung (apabila di rumah), elakkan daripada
mengikat rambut anda. Biarkan rambut anda bebas mengurai supaya dapat
merasai pengaliran udara dengan lancar. Diingatkan juga supaya kurangkan menyikat rambut bagi mengelakkan kulit kepala daripada panas.
5. Pilih syampu yang bersesuaian
Pilih
syampu yang bersesuaian dengan masalah kulit kepala atau rambut anda.
Teliti bahan dan kandungan yang digunakan dalam syampu tersebut.
Pilihlah syampu mengikut keperluan, bukan mengikut jenama.
No comments:
Post a Comment